Tuesday, January 31, 2012

Skandal Sasha-part 1.

Salam sejahtera,selamat berkenalan dengan Sasha Aeril gadis berusia 24 tahun,berkulit cerah,berketinggian 5"8",berkelulusan ijazah sarjana muda kewartawanan.Dia adalah apa yang setiap gadis impikan.Bekerja di sebuah majalah gaya hidup yang cukup berpengaruh di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, 'Urbaniser'.Setiap cintanya pada dunia penulisan dan penerbitan menjadikan dia gadis yang penuh dedikasi dan komited terhadap kerjaya.
Setiap hayunan seksi langkah sepatu tumit tinggi Sergio Rossi-nya menarik minat setiap lelaki,setiap gerak dress chiffon biru muda Emilio Pucci di tubuhnya membuatkan gadis cemburu.Sempurna untuk seorang gadis moden yang penuh dengan cita-cita.Tapi,segala kesmpurnaan pada Sasha adakah dimilikinya sejak lahir?maybe she's born with it?bak maybelline?i dont think so...
Susasana ruang pejabat Urbaniser sesak dengan para staff yang ke hulur dan ke hilir.Bermulanya 2012,persiapan isu untuk sepanjang tahun gigih diatur oleh sidang redaksi 'Urbaniser'>Satu persatu isu mereka menjadi satu pengaruh untuk golongan eloit,dari kisah kejayaan para usahawan tersohor sehingga skandal ahli politik.Urbaniser bagaikan satu lembaran kisah apa yang terjadi di dalam kehidupan sosial elit.Kini,sempena tahun baru,Sasha sepatutnya sampai satu jam lebih awal ke pejabat.Dia menerima tugasan baru daripada Jimmy,penulis kanan dan Marlida,ketua pengarang Urbaniser.
Sasha meluru masuk ke bilik pejabat Marlida dengan senyuman,Jimmy berdiri memeluk tubuh di sebelah Marlida yang kelihatan dingin pagi itu.Erm,Marlida tidak pernah memiliki perasaan.Itulah tanggapan Sasha.

"you are 1 hour late,"Jimmy bersuara.
"i know,im sorry.mlm td a little bit rough.im doing my job at my best."
Sasha melontarkan alasan,beg tangan speedy Lousi Vuitton-nya dialihkan ke atas kerusi.Punggungnya dilabuhkan sopan dia atas kerusi berhadapan Jimmy dan Marlida.Sasha cuba meraih simpati Marlida dan Jimmy di atas kesukarannya malam tadi membuatkan dia tiba lewat ke pejabat.

"client happy?i hope we got the advertisement."soal Marlida.
"jangan risau Marlida.All is well done."Sasha menepuk tangannya menyampaikan berita gembira itu untuk menghilangkan keresahan.Urbaniser mahu mendapatkan lebih banyak pengiklan untuk majalah mereka.Lebih banyak iklan terpampang di setiap ruang Urbaniser akan menggandakan lagi keuntungan majalah tersebut.Sebagai salah seorang staf sokongan,telah menjadi tugas Sasha untuk 'menangkap' semua pengiklan-pengiklan itu.
"Good,i am truly happy with your works,Sasha.Please remember that we have another advertiser,untuk jenama Jam Tangan dari Switzerland tu.Klien dah sampai malam tadi,kami akan ada mesyuarat sebentar lagi dan I akan pujuk dia untuk mengiklankan jenama mereka di majalah kita.I'll give him a good price.Tapi,again,i need your help untuk dapatkan dia,"
Marlida menerangkan Sasha tentang tugasan seterusnya.Sekeping kertas nota kecil diberikan pada Sasha,di situ tertulis;

"10 pm.tonight.
Room 1212,Park Royal Hotel.
Michael Von Jovian,Spanish,43 years old.
Carlyle Watch's advertiser."

bersama dengan itu sekeping gambar seorang lelaki kaukasia berambut perang,segak di suianya 40-an.Sasha merenung gambar itu,dia mencebikkan bibir tanda lelaki itu 'boleh tahan'.Tapi itu bukanlah hal untuk Sahsha.Dia mahu tahu lebih tentang karakter lelaki ini.

"dia ni...mcam mane orangnye?"
" like any other clients.Very gentleman.it will be easy for u.Dont worry,"penjelasan ringkas Marlida membuat Sasha faham segalanya tentang lelaki di dalam gambar itu.Michael Herbert,perfect gentleman.Lelaki matang yang gemarkahnj wanita seksi dan bijak.

"okay,ill be there tonight.i nak siapkan artikel yang i buat dengan Jimmy sebentar lagi.Dalam pukul 4 i nak blk rumah rehat n ill go to saloon to get ready for tonight with Von Jovian.
Marlida dan Jimmy sekadar mengangguk.Mereka gembira dengan dedikasi Sasha.Tidak dinafikan sasha banyak membantu mengukuhkan kedudukan pasaran Urbaniser.Tugasnya menghiburkan klien,mendapatkan kisah-kisah panas golongan sosial elit dan menghasilkahn cerita hebat bersama mentornya,Jimmy Haris.

Bagi yang tidak faham,mudah.Sasha Aeril,kehidupannya sempurna dan nampak berjaya kerana dia adalah seorang pelacur kelas atasan.Full stop.Tugasnya mudah,siang hari,dia adalah junior writer untuk majalah Urbaniser,pendapatannya mungkin RM2500 sebulan.Dia menghasilkan artikel tentang kisah hidup golongan creme de la creme Kuala Lumpur.Tapi,di malam hari dia dibayar syarikatnya untuk meniduri setiap lelaki golongan atasan yang berjaya ataupun klien pengiklan majalah teresbut untuk memastikan Urbaniser beroperasi dengan jayanya.Seorang gadis 24 tahun,muda dan mentah menjadi tunjang penting untuk keuntungan syarikat penerbitan itu.Dan imbuhannya,syarikat menghadiahkannya dengan pelbagai kemewahan dan elaun yang 3 kali ganda lebih besar daipada gaji bulannannya sendiri.

Seperti contoh,bulan lepas,untuk mendapatkan kisah menarik tentang keruntuhan rumah tangga seorang usahawan berjaya,Datok Hasmudin dan isterinya,Datin Fiza,Sasha telah bergaul dengan rakan-rakan Datok Hasmudin,menggodanya,menghabiskan beberapa malam bersama dan segalanya dapat dicungkil.Punca perceraian sebenar;Dato Hasmudin punyai masalah seksual di mana dia tidak dapat mencapai kepuasannya sendiri sehingga Sasha terpaksa menghabiskan beberapa malam bersama Datok Hasmudin dan barulah dia mendapat keseluruhan cerita.(no wonder isterinya meminta cerai)Masuk sahaja bulan seterusnya,kisah punca perceraian datok Hasmudin mula heboh diperkatakan di dalam Majalah Urbaniser dan seluruh golongan masyarakat mengetahuinya.Iyulah tugas Sasha,dia sangat dahagakan kisah-kisah panas untuk membuktikan dirinya penulis berjaya dan tidak kisahlah kalau dia terpaksa menggadaikan tubuhnya sendiri.Imbuhan pada itu,Marlida menghadiahkan kereta BMW 7 Series Sedan.

Sebelum itu,dia telah dipindahkan dari apartment murahnya di Maluri,Cheras ke Bistari Service Suites di tengah-tengah Kuala Lumpur.Untuk setiap lelaki yang berjaya Sasha dapatkan,dia akan diberi elaun dari RM8000-15000.Bagaikan mimpi bukan?ya,kalau anda seorang gadis yang sedia menggadai tubuh badan untuk cita-cita dan kemewahan.Buat gadis seperti Sasha,itu bukanlah masalah utama. :)

Seperti yang dirancang,Sasha melakukan tugasnya sebagai pembantu pengarang untuk Jimmy Haris,pengarang kanan yang hampir setahun menjadi mentor Sasha.Dia banyak membantu Sasha dalam mengasah bakatnya menjadi pengarang berbakat.Dan dalam masa sama juga,mereka banyak menjerat lelaki-lelaki kaya bersama untuk cerita-cerita panas di dalam artikel mereka bersama.They make a great team together.
Berdetik saja jam pukul 4 petang,Sasha terus memandu BMW nya laju menyusuri jalan di Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah.Dia perlukan rehat yang cukup untuk malam ini.
Tepat jam 8,Sasha bangun dari tidur.Langkahnya perlahan ke bilik air.Dia perlu disegarkan dengan air sejuk.Setelah puas mandi,Sasha mulai mengeringkan rambut,rambutnya yang hitam pekat panjang mengurai,dikerintingkan hujung untuk menampakkan kesan ikal mayang.Curling serum disapukan perlahan,kemudian rambutnya di'blow' dari satu lapisan ke satu lapisan.Seksi!dia mengibas-ngibaskan rambutnya tanda berpuas hati dengan dandanan rambut.Seluruh tubunnya disapukan losen dan cologne Christian Dior,akhir sekali disembur wangian Miss Dior Cherie,kegemarannya tiap kali bertemu klien.Mereka anggap bauan itu 'classy' dan sexy.
Foundation dan bedak kompak MAC delus lembut di kulit wajahnya yang mulus.Sasha menghargai kecantikkannya,hidungnya mancung semulajadi,tulang pipinya timbul dan tiapkali senyum lesung pipitnya yang muncul menambahkan sei wajahnya.Gloss pink melengkapkan bibir sasha.
Bilik pakaian yang serba luas dipenuhi dengan gantungan pakaian berjenama diperiksa Sasha.Dia meneliti dan mengagak mana yang akan menjadi kegemaran Michael Herbert malam ini.Sepasang dress ketat bewarna ungu gelap dicapai.Koleksi Balmain,dibelinya seminggu lepas di internet.Cukup untuk menampakkan susuk tubuh langsingnya dan menyerlahkan karakter seksi.sasha menyarungkannya dan dia bersedia.

Blackberry Sasha berdering.Marlida di talian.
"Sasha,are u ready?"
"Yes,im on my way."
"good,michael dah tunggu u di lobby hotel"
"oh,awalnya,ill be there in 10 minutes.,"panggilan ditamatkan.Sasha mengerling jam padsa skrin Blackberry,jam 9.43 pm.Masih awal dan Michael sudah menunggu.Dia teruja mungkin.

Di lobi hotel yang serba luas,sasha cepat dapat mengecam Michael dan begitu juga Michael,mereka bertemu,bersalaman,saling mencium pipi masing-masing dan Michael mengiringnya masuk ke lif hotel.Baik sekali lelaki ini,such a gentleman!getus hati Sasha.Dia lega kerana sifat Micahel yang sabngat peramah itu.Banyak mata memandang mereka,mungkin curiga dengan kedua-duanya.Seorang gadis melayu yang cantik berpakian seksi bertemu seorang lelaki asing dan kelihatan sangat mesra.Mereka tak nampak seperti pasangan kekasih kerana gadis itu terus mengikut lelaki eropah menuju ke bilik hotel.namun,sebaik mereka masuk ke dalam lif tiada siapa menghiraukan mereka.Sasha cuba toidak ambil peduli.Dia perlu profesional.

sasha cuba tidak berbicara tentang kerjaya pada Michael.Lelaki itu datang ke sini atas urusan kerja nya,malam sebegini dia mahu rehat dan Sasha lah yang perlu memberi ketenangan kepada lelaki itu.Suasana cukup santai,Michael menuang segelas champagne dan mereka minum bersama.
"u look shy,"
soal sasha setelah melihat Michael segan untuk bertemu mata setiap kali mereka berbicara.Sasha faham dengan lelaki jenis ini,mereka pemalu dan sangat sukakan gadis yang bijak dan manis.Dia tak perlu terlalu seksi.Erm,mungkin tersalah pilih dress malam ini.Who cares?Sasha cuba berlagak mesra.Dia cuba membuatkan Michael selesa,tiada apa yang lebih selesa untuk lelaki melainkan rasa seperti bersama kekasih sendiri.Jadi Sasha cuba berbual santai,bertanyakan tentang hobi.Michael gemarkan sukan.Sasha bukanlah gadis sukan,tapi dia sudah bersedia dari awal kerana tugasannya sebagai escort akan menuntut dia berbicara tentang sukan untuk menarik minat lelaki.Jadi,Sasha berbicara tentang sukan golf.Tepat jangkaan Sasha!Micahel sangat menyukainya dan pernah terlibat dalam beberapa perlawanan golf di Sepanyol.Mereka bercerita dan berkongsi pendapat tentang pemain handalan golf antarabangsa.
Michael semakin selesa dengan sasha.Sasha pula faham Micahel jenis lelaki yang suka dimanjakan,suka dibelai.Sasha bertanya padanya adakah dia penat sepanjang hari di Kuala Lumpur?Michael mengangguk,rambut di dahinya diselak manja tanda dia mahu mengadu tentang kepenatannya bekerja.Manja sekali!Sasha mulai main peranan.Dia menawarkan untuk melakukan urutan badan untuk Michael.Michael sangat teruja,dia benar-benar suka bersama Sasha,gadis itu dilihatnya sebagai sangat bijak dan seksi.
Maka,tugas sasha malam itu untuk Michael cuba dilaksanakan dengan baik.Dressnya sudah tercampak ke lantai.Dia menguasai pemikiran Michael dan kini Michael hanya menikmati masa mereka bersama sebaik mungkin.

-BERSAMBUNG-


*nak tahu lebih?nantikan kesinambungannya ,minggu hadapan pada hari Ahad okay!
send ur revireww n pendapat di laman twitter iris @iris_iana. :).much love XOXO!



No comments:

Post a Comment