Thursday, May 17, 2012

saya anti diskriminasi.




"Saya anti-diskriminasi.Saya tidak suka pada
 orang yang suka menilai 
kekurangan dan perbezaan yang ada 
pada orang lain"

Ahah,begitulah bunyinya post update i ols yang bertarikh pada 15hb may yang lepas.Matilah kalo ada yang ngejek update i ols tu berbaur feeling duta Unicef tak kurang juga yang mencerca"ko hengat ko Angelina Jolie keje dgn PBB ke sundal?"Meks tak hambell pedolih..pernah pulak aku kesah org mencerca slama ini.

Penceritaannya begini,adalah beberapa hari sebelum itu masa i ols tgh lepak dgn sorang kwn i ols ni yang berasal dari German,namanya Ray.So we ols berbual2 ttg kerja dan hidup masing2 and Ray menyatakan rasa terkejutmya kerana i ols gembira bekerja sekarang.Meks agak kurang faham,sentap pon ada,ko hengat aku xheppi ke dgn kerja aku skarang.So katanya meks bekerja dgn bagus dan menerima penerimaan positif walaupun drag sebegini aka shemale.meks pun terfikir apa ke jadahnya dgn penerimaan orang?sepanjang aku drag dah tentu ada yang menerima secara positif dan negatif.

Sambung Ray lagik,kalau dekat German,kaum shemale atau gay ini dibenci.Tak sure lah kan,tp meks tgk bersepah je pornstar gay dari German.(eh,pecah lobang tgk porn!taklah,kawan meks,Semah yang tunjuk,meks tutup mata je,dgr diorg cakap German dalam video tu.dats all)

So meks terangkan pada Ray,kekdahnye Ray aku drag ke atau tidak,yang bekerja itu diri meks,bukan penampilan meks.Lagipun,meks cuba berpenampilan sebaik mungkin walaupun dalam keadaan drag(walaupun direjam dan dibenci kerana memakai skirt mega singkatnye)So far,alhamdulilah manager yang bekerja dgn meks okay sajork walaupun meks akui ada beberapa orang yng pernah bekerjasama dgn meks menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan pada meks.Entahlah,mungkin meks yng berfikiran negatif,yang penting hado aku kesah??Selagi kudrat ini mampu mencari yang halal akan ku usahakan.Pada yang suka mendiskrimasi,tiada satu faedah pun yang u ols dapat.

Ada juga satu group facebook anti-homophobic menjoinkan diri mek tanpa tanya atau beri salam dahulu.Bile meks cek2 baru meks tahu banyak juga kes jenayah yang melibatkan homophobic.Ada kesah akak2 kena pukul dgn sekumpulan lelaki yang homophobic.kesian akak2 tu,tapi mak puji krn dia cekal dan berusaha utk menyelamatkan diri dan juga rakannya.Yang jantan,belum tentu mampu bertindak sebegitu.I ols kurang penafsiran ttg homophobic samada ia suatu penyakit berkaitan mental atau hanya satu fahaman yang bersifat kurang berpelajaran.

Benarlah,shemale,gay atau lesbian itu bukanlah suatu gejala yang sihat dan cenderung dianggap negatif.tapi orientasi seksual atau rupa seseorang itu tidaklah menggambarkan negativiti yang terdapat dalam diri mereka.Sebagai seorang shemale sendiri saya pon dah muntah darah hijau mual lugai dah dihakimi kerana penampilan saya.Apapun,ia mngajar saya agar lebih menghargai diri sendiri sebelum orang lain.

Biarlah dia nyah,gay,pengkid,lesbian,negro,cacat ataupun buat-buat cacat,kita semua hanyalah manusia ciptaan Tuhan.Terma 'anti' terhadap sifat atau rupa pada makhluk lain itu adalah sesuatu yang saya anggap kurang berpendidikan.Ada yang menggunakan alasan 'ingin membantu' kaum2 yang sentiasa dianggap negatif,tapi percayalah kita sesama manusia,selagi mampu berfikiran rasional kita tahu membezakan apa itu 'bantuan' atau 'diskriminasi'.

Pada shemale di luar sana,lindungilah diri anda janganlah terlalu 'expose' tergedik2 bangga nak tunjuk kepondanan anda seolah-olah mencabar masyarakat.Sudah tahu,kita sering cenderung dianggap negatif,bertindaklah dgn perilaku yang sopan dan seperti orang berpendidikan ketika di khalayak ramai,'add some class to ur attitude to be respected and that's the way it should always be'.

Ingatlah pada sesiapa sahaja yang pernah atau sedang menjadi mangsa diskriminasi.Kekurangan pada diri anda itu sengaja digembar-gemburkan oleh orang lain kerana mereka rasa hilang keyakinan pada diri mereka sendiri.Kalau mereka tahu sayang diri mereka,mereka tidak akan bercakap soal kelemahan orang lain.Sempurna itu bosan,kelemahan yang menjadikan manusia itu penuh karakter.Dan anda lebih jauh berharga dari mereka yang menghina atau mendiksriminasi

So i ols kna pergi dahulu kerana perut i ols nih dah menyanyi lagu Lady Gaga.hentikan diskriminasi,Sayanglah diri sendiri!

Aku cinta padamu,
Iris Iana.

No comments:

Post a Comment