Seperti hari biasa sebelum pergi ke tempat kerja saya panik mencari-cari liquid eyeliner yang tersorok di dalam box mekap saya,tiba-tiba jari ni tak tersengaja tercapai sepapan ubat yang tersimpan bersama alatan mekap lain di dalam kotak mekap besar pink kesayangan saya ( Thanks to abang saya,Izad yang membelikannya setahun yang lalu).Berbalik pada ubat yang saya capai,ia adalah pil anti-oxidant yang diberikan oleh seorang doktor tak lama dulu masa saya pergi ke klinik kerana tubuh tidak sihat pada masa itu.Mengikut kata doktor,ubat itu adalah gabungan pil-pil antioxidant A,C,E dan Zinc kalau tak silap saya kerana dia dapat lihat wajah saya yang pucat mungkin kerana penat bekerja (tidaklah nak puji diri sendiri ni rajin bekerja,cuma memang saya bekerja ikut shift dan boleh membuatkan saya keletihan).
Saya tahu apa itu fungsi anti-oxidant yang membantu untuk mengelakkan proses pengoksidaan tubuh manusia.Okay,a little science fact,pernah tak makan kupas buah epal?Tinggalkan selama 30 minit,epal yang dikupas itu akan bertukar menjadi hitam bukan?Itulah proses pengoksidaan,dan kita manusia juga mengalaminya.
Masa meneliti semula ubat itu sebenarnya dah lama saya tak telan mengikut nasihat doktor.Saya tinggalkan ubat itu kerana sering terlupa untuk mengambilnya sertiap hari dan akhirnya saya lupa terus sampai saya terjumpa semula dalam kotak mekap.Hmmm...saya memang susah nak makan ubat-ubat ni.Tapi tak dinafikan bila makan ubat itu,tubuh terasa bertenaga,kurang mengantuk dan lebih aktif.Tapi saya degil dan suka kesan yang lebih cepat,jadi saya memang sudah terbiasa dengan tabiat meminum kopi atau nescafe setiap pagi,dan bila mana stress kerja menyerang atau selepas makan,saya akan pastikan saya dapat menghisap satu atau dua batang rokok.Mungkin ramai yang tak sangka,rupa-rupanya saya ni merokok,tapi itulah kenyataannya,walaupun saya tahu kesannya yang tidak baik untuk badan.Kaffeine dan Rokok ya memang dua benda yang membantu saya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih secara cepat,tapi dalam jangka masa yang panjang saya dapat rasakan tubuh saya mudah jadi letih.
Pernah juga terjadi sewaktu sedang duduk-duduk memenuhi ketagihan saya terhadap kopi di Starbuck,saya ternampak sekumpulan budak perempuan berusia 14-16 tahun duduk di meja seberang saya sedang bergelak ketawa sambil bangga menghayunkan rokok di jari.Bayangkan betapa hodohnya pemandangan sebegitu?Buat diri ni terasa jahat,mungkinkah saya atau orang dewasa lain yang asyik dengan tabiat merokok itu telah mempengaruhi budak-budak perempuan bawah umur itu?Mereka perempuan dan terlalu muda untuk membinasakan diri dengan rokok hanya kerana pengaruh sosial.Mungkin bukan saya mempengaruhi mereka,mungkin orang lain,tapi apa bezanya dengan saya yang juga seorang perokok?
Itu adalah antara sebab yang membuatkan saya mengambil inisiatif untuk sekurang-kurangnya cuba untuk berhenti merokok.Alhamdulilah,hari saya menaip post ini saya sudahpun seminggu tidak menghisap rokok.Ketagihannya itu masih ada dan rindu pada kopi turut juga menebal.Tapi saya takut,usia saya masih muda dan saya perlukan tubuh dan tenaga ini untuk bekerja.Saya tidak mahu bekerja di usia 23 tahun tapi letih ibarat orang berusia 40 tahun.Ada yang menyindir saya tiba-tiba 'feeling' atau berangan health conscious konon-konon nak jaga kulit dan kecantikan,but its actually more than that.Its about my appreciation to my own body.Dalam dunia yang memaksa kita untuk mencari rezeki ibarat tanpa rehat,kenapa perlu guna alasan 'ketagihan' sebagai alasan untuk menyiksa tubuh?
Tapi saya masih dalam tempoh percubaan,mungkin saya tidak sepenuhnya meninggalkan rokok dalam sebulan.Tapi saya sedang bersusaha,dan usaha itu ada perancangan.Tidak kisahlah kalau ada yang menyindir prinsip menolak rokok saya ini takkan bertahan lama tapi selagi kita tahu niat kita yang betul,apa lagi yang lebih penting?Saya juga faham berhenti merokok itu bukan ambil masa semalaman,ia adalah proses melatih tubuh.Dan saya akan melatih dan mengawal tubuh saya mengikut kehendak Tuhan.Mohon jangan carut saya,drop some supports. ;) LOVE LOVE LOVE
Usaha yg baik!!
ReplyDeleteTeruskannnn..
Yg paling pnting kuat semangat, displin dan cuba gntikan dgn bnda lain. Mgkin boleh mkn candy or chew gum.. in shaa allah, akak doakan berjaya. Suka tgk org da usaha unt bhenti merokok. Jangan mdh putus asa, yee diikk!