Tuesday, March 12, 2013

Bila Melayu hina Melayu.

Klasifikasi kritik dan kutuk itu adalah dua perkataan berdifinisi berbeza.Kalau dibuka kamus dewan juga istilah kritik itu membawa maksud menganalis atau perbahasan tentang sesuatu perkara yang menilai aspek baik atau buruk,jauh berbeza sekali dengan apa itu mengutuk.Baiklah,hari ini saya bukan guru Bahasa Melayu anda untuk menyelidik tentang penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Saya sendiri kurang faham tetapi sejak bila pula ada sesetengah orang Melayu yang suka kutuk bangsa sendiri dan dengan bangga mengklasifikasikan ia sebagai kritikan. Bila pemikiran cetek mahu mengulas sesuatu dan melabelnya sebagai intelektual,ia adalah sama seperti perlakuan memalukan diri sendiri atau buka pekung di dada.

Beberapa hari lepas,ketika menikmati hari cuti saya dihubungi rakan-rakan di tempat kerja tentang seorang pelanggan wanita Melayu berusia dalam lingkungan umur 30-an,hampir kertu (Sally,bukan nama sebenar)Kenapa entah nama itu terlintas tiba-tiba. Jadi,Sally yang sedang sarat mengandung ini datang bersama suaminya,mengamuk gara-gara barang yang dimintanya belum sampai atas beberapa kesulitan saya sendiri tidak faham kerana di luar bidang saya.Tidak lupa juga,fakta yang Sally ini bersuamikan lelaki Eropah (mat salleh kalau bahasa pasar) dan kemungkinan besar Sally ini secara biologikalnya Melayu tetapi secara teknikal nya bukan dari Malaysia.

Sudahlah memaki hamun,itu saya faham kerana sebagai pelanggan,dia berhak rasa marah kerana tidak mendapat servis yang sempurna,(mata di atas,tangan di bahu).


Bagaimanapun,suatu skrip dia yang masih membelenggu rasa tidak puas hati saya 
"I DONT WANT TO DEAL WITH ANY MALAYSIAN MALAYS,THEY ARE JUST SO STUPID."

Jadi secara psikologinya,saya tafsir Sally si 'mat salleh plated' ini sudah tanam sifat membenci genetik bangsanya sendiri. Bercakap secara profesional,saya tidak mahu mengulas panjang sangat kejadian di tempat kerja dan saya sendiri pun tiada masa perkara itu berlaku.

Cuma yang masih tersangkut di benak fikiran saya sekarang ini,apa yang cuba dibuktikan perempuan yang tidak mampu menerima keadaan dirinya ini dengan meng-kondem bangsa dan keturunan sendiri?Difahamkan,kalau buat laporan polis dia boleh didakwa kerana mngeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan yang paling keji sekali dia sendiri Melayu yang menghina Melayu.

Seharusnya Sally faham walaupun dia bukan warganegara Malaysia,mengeluarkan kenyataan berbaur membenci atau menghina sesuatu kaum di Malaysia adalah salah.Untuk pengetahuan anda, John Galliano,bekas pengarah kreatif Christian Dior ditahan dan didakwa oleh pihak berkuasa kerana menghina wanita Yahudi di Perancis ketika mabuk.Itu mabuk,kalau dalam keadaan sedar dan sarat mengandung seperti Sally ini,bagaimana pula cerita?

Tiada bangsa yang bodoh,tiada budaya yang hina.Keturunan apa pun,bagi saya manusia tetap manusia.Tidak dilabel kerana tindakan lampau atau darah keturunannya.Tinggal di rantau orang jauh dari tanah air dan berkahwin dengan orang bukan Melayu tidak memadamkan DNA Melayu yang ada dalam diri.Sejujurnya,saya sendiri bukanlah seorang yang seratus peratus menjunjung adat budaya Melayu sehingga layak nak berhujah tentang mempertahankan bangsa.Tapi secara logik akal lah,siapa kita untuk menghina orang lain apatahlagi sesuatu bangsa?Apa kejayaan yang Sally ada untuk menunjukkan kekuatannya mengkritik apatahlagi menghina bangsa?

Lihat secara negatifnya,memang menyakitkan hati,tetapi serba sedikit buat saya sendiri tersedar.Lihat dalam akhbar setiap hari keluar pasal keadaan yang penuh getir tentang pencerobohan di Lahad Datu.Kalau orang Malaysia sesama Melayu saling rancak berhujah memberi kutukan pada bangsa sendiri,sudah tentu mudah bagi pengganas dari seberang laut nak menceroboh.Bersyukurlah mereka itu penceroboh yang asalnya dari Asia Tenggara juga.Kalau dibuatnya lebih jauh dari itu,mahukah kita kembali seperti zaman Melaka dahulu?

Mengkritik bangsa atas dasar politik,tanya pada diri sendiri,kritik diri sendiri dahulu.Jauh mana pencapaian yang kita ada mahu mengutuk keturunan sendiri?







No comments:

Post a Comment