Monday, March 11, 2013

Summer Spring 2013 Report: Best Shoes and Bags.

Banyak sebenarnya yang cantik untuk dilihat dan dibelek untuk koleksi musim panas 2013.Bagaikan suatu liberalisasi gaya buat semua penggemar fesyen kerana musim panas adalah musim eksperimentasi.Tidak perlu gusar tentang batasan warna dan bentuk dalam memilih gaya aksesori,walau bagaimanapun,keseimbangan dan kesderhanaan itu perlu sentiasa ada.Pilihan saya? Beg tangan indah dari Philip Lim dan susnan koleksi sandal dari Ancient Greek Sandals.

Bersedia untuk dipanah cinta bila mata anda terpaku melihat koleksi terbaru Philip Lim!Sentiasa segar dan 'polished'.Mungkin itulah signature akssesori beg Phillip Lim.Untuk 2013,mewah,praktikal, dan warna-warna segar dihimpunkan menjadi satu dalam koleksi begnya. Material kulit,tekstur quilt dan bentuk yang serba mudah buat saya jatuh hati dengan Philip Lim. Boleh juga saya katakan,Philip Lim bagaikan Marc Jacobs, Mullberry dan Dior digulung menjadi satu stail. :)



Paling saya gemari adalah kerana kemewahan material kulit dilembutkan dengan biru pastel ini.So eye catching yet subtle!

Elegant dan Classy.Boleh dipakai dalam apa jua keadaan!







Kita yang tinggal di Malaysia ini juga terpaksa menempuh tempias bosan menghadap ratusan himpunan but dan covered sandals gara-gara koleksi musim luruh kan?Penat juga di negara panas sebegini kita dihidangkan dengan but-but yang dah tentu tidak praktikal dipakai (agak pelik bila lihat But 'faux-fur' dijual di H&M dan Zara,gila agaknya siapa yang beli dan dipakai di Kuala Lumpur!).

Complain no more Dolls! Ancient Greek Sandals merupakan sebuah jenama yang menghasilkan koleksi sandal unik yang benar-benar mempamerkan inspirasi greek purba!Sangat unik dan istimewa.
Ancient Greek Sandals collection 2013.











No comments:

Post a Comment