Ready To Wear (bagi pembaca yang belum tahu) maksudnya koleksi pakaian yang dihasilkan perka fesyen untuk dibeli dan sedia dipakai,bukan untuk tempahan.Market untuk kategori koleksi sebegini memang agak asing di market Malaysia kerana penghasilannya yang agak berisiko dan memerlukan pereka bijak memahami kehendak pelanggan memandangkan perkembangan fesyen Malaysia yang lebih banyak cenderung dengan pengaruh luar negara.Pendek kata,perkembangan fesyen Malaysia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur gaya luar dan memiliki identiti yang agak kabur.Bukan memberi pendapat negatif,cuma perkembangan fesyen kita agak bergerak perlahan tapi kini lebih baik.Nak menyalahkan para pereka fesyen tidak boleh jua,kerana fashion is business,mereka pakaian mengikut kehendak pelanggan dan pasaran.Bukan juga salah pencinta fesyen tempatan,cuma masing-masing atau semua pihak perlu sedar untuk lebih berdaya kreatif dan berani seperti Khoon Hooi.
Gembira rasanya kerana Khoon Hooi yang berasal dari Perak ini sudah banyak menghasilkan koleksi ready to wear mengikut musim dan semestinya muncul dengan pelbagai transformasi stail dari segi fabrik dan bentuk rekaan.Apa yang saya dapat lihat,benarlah seperti yang dikatakan,dia bijak menemukan gaya mewah dan classy tapi tetap kelihatan berani atau 'edgy'. Semuanya nampak feminin dengan mainan warna asas yang nampak mewah,tapi kepelbagaian dalam pengolahan bentuk peplum pada dress buat rekaan Khoon Hooi lebih segar.
Tiga koleksi di atas ini adalah pilihan kegemaran saya.Its so chic in so many levels!
Label Khoon Hooi bermula dari tahun 1999 dan kini telah bercabang juga kepada koleksi aksesorinya dan boleh didapati di Starhill Gallery. Khoon Hooi juga sudahpun memasarkan rekaannya ke luar negara,cukup membanggakan bila lihat pereka muda sebegini mulai pergi jauh membawa lembaran stail tersendiri.Semoga kita dapat lihat lebih banyak hasil kreativiti Khhon Hooi,di masa akan datang,London Fashion Week mungkin?
No comments:
Post a Comment