Pernah tak anda rasa duduk dalam sekumpulan kawan-kawan baru tapi tiba-tiba rasa macam tak mahu bercakap,rasa mcm nak tundukkan muka?Walaupun sebenarnya dalam hati nak sangat bergaul dan bersosial.Hilang keyakinan diri,padahal sebelum keluar rumah dah dua jam talakan muka depan cermin yang menanti hari nak retak gara-gara anda bersiap terlalu lama sebelum keluar rumah.Before nak keluar bilik,sempat lagi jenguk cermin.Ok,rasa puas hati head to toe.Ala-ala dalam hati cakap,Nah!aku lah Kim Kardashian!gituu...Masa tu keyakinan tu dah ala-ala 180km sejam lah meter dia.
Sampai dah jumpa kawan anda,dia bawak pulak geng dia yang lain belum pernah anda kenali,sorang lawa,pakai Balenciaga,sorang lagi manis,pakai kasut Giuseppe Zanotti.Tiba-tiba kasut Zara anda yang menampung berat anda berkilo-kilo yang baru 5 minit tadi anda gahkan sebagai Jimmy Choo tu terus jadi made in Danau Kota.How? I ols selalu rasa macam tu,i mean major SELALU.Dolls,itulah yang dipanggil "self-insecurity".Wujud dalam setiap diri manusia cukup akal,so kalau over confident tu gila lar??hahha.mak no komen nok!
Sebenarnya normal lah kan rasa begitu,sebab kalau nak dibandingkan,i ols ni lebih membesar dalam suasana komuniti yang suka mengkritik dan merendah-rendahkan keyakinan i ols,yelah paham2 je lah i ols ni sape kan.BTW,no time nak berdrama tentang kehidupan lampau i ols.Yang pasti,i ols percaya semua pengalaman lepas tu banyak mengajar i ols membawa keyakinan diri i ols tapi sebenanrnye rasa kurang keyakinan atas berjuta kelemahan dalam diri ni still menebal tak pernah hilang.Cuma berjaya ditutup dengan erm,mungkin kematangan dan evolusi pemikiran (dan kecanggihan adobe photoshop) bila meningkat usia 22 tahun ni.not kertu yet.shadap.
Ya,Iris sangat yakin self insecurity takkan hilang dalam diri kita,rasa kurang senang dengan tubuh sendiri itu takkan hilang sebab memang manusia takkan pernah berpuas hati dgn apa yang ada,cuma kita perlu sedar tahap kematangan kita berfikir perlu diseimbangkan dengan kekurangan keyakinan yang ada.Matilar ayat i ols dah macam ustazah Bahiyah bagi ceramah,abaikan penggunaan bahasa yang kurang siuman yer adek-adek.
I ols bukanlah selayaknya Ustazah Bahiyah nak berbicara tentang motivasi keyakinan diri,cuma berkongsi sedikit pengalaman apa yang i ols buat utk hilangkan masalah ketidakyakinan yang membataskan pergaulan I ols daripada zaman kanak-kanak gara-gara memiliki perwatakan yang sedikit 'berbeza' dari orang lain. :)
1. Mengaku Sahaja Silap dan Kelemahan Diri.
Jangan takut dengan kekurangan yang anda ada.Jangan tanya kenapa anda pendek,jangan tanya kenapa anda berjerawat,tapi terima diri anda seadanya.Setiap benda tidak cantik dipandang,ada benda lain padanya yang lebih cantik utk dinilai.Saya punyai masalah kulit muka sensitif,saya ada parut,muka dan rambut yang berminyak,saya tak mampu jadi secantik yang saya ingini dan saya terpaksa melalui banyak perubahan tapi saya tak pernah berpuas hati sampai suatu hari saya buat keputusan untuk terima sahaja seadanya,cuba perbaiki apa yang perlu dan kemudian rasa lega lahir sendiri.Tiada istilah hodoh pada diri manusia dan kalau sekalipun saya hodoh dan tidak cantik,saya percaya ia tidak akan menggugat apa-apa dalam diri saya.Jadi begitu juga anda.Tidak salah jadi kurang dari orang lain kerana pasti ada lebihnya yang kita sendiri buat-buat tak nampak.
2. Buat Apa Yang Anda Suka dan Rasa Selesa.
Suka memasak?belajarlah memasak!tingkatkan keyakinan diri anda buat apa yang anda gemari.Macam saya,sangat suka fesyen,berblog lah pasal fesyen,sejujurnya,fesyen dan baju banyak meningkatkan keyakinan saya,jadi saya bereksperimentasi dengan gaya sendiri,selesakan diri dengan benda yang saya suka buat saya rasa lebih gembira nak berhadapan dengan orang lain.Jangan mendesak diri anda buat dan bercampur dengan sesuatu atau seseorang yang anda tak selesa dan tak suka gara-gara anda mahu kelihatan lebih baik.Selagi anda rasa tak selesa,selagi tu lah anda takkan kelihatan tak selesa.
3.Belajar Membuka Fikiran Dengan Pengalaman Orang Lain.
Elakkan sesuka hati mengadili atau judge sifat orang lain,terima keadaan sekeliling dan lebih berfikiran terbuka.Sebabnya,ada sesetengah orang,contoh lah; akak-akak bertudung yang tak nak berkawan dengan perempuan tak bertudung atau yang tak bertudung label perempuan bertudung as 'kampungan',tak payah lah bagi label pada orang,yang penting kita jaga diri kita,selagi kita tak kenal hati budi orang lain,jangan mudah-mudah nak buat andaian tentang orang.
Tips-tips yang lain yang saya guna yang kira-kira berjaya (kot!).Lain orang lain cara lah kan dik non ;
4.Belajar Pakai High-Heels.
5.Cuba jangan tau nak mekap warna-warna natural je,tambah warna sikit kalau mekap muka.
6.Jangan ikut trend,pakai apa yang anda suka dan selesa.
7.Buat orang lain ketawa.
8.Senyum pada orang lain
9.Sekali sekala,pakai baju yang anda rasa buat anda nampak cantik dan selesa.
10.-MAJOR IMPORTANT- Kekal merendah diri dalam apa jua situasi.Bila bergaul,selalu merendah diri dan bercakap penuh adab.Ada bezanya rasa rendah diri dan merendah diri,Rasa rendah diri tu rasa tak yakin.Merendah diri adalah maksudnya,sentiasa pastikan diri tidak menunjuk-nunjuk walaupun tahu anda vogue,ko hadoo??Haha.Merendah diri buat kita senang didekati.So,amalkan.