Friday, March 22, 2013

Pandora Spring Collection 2013: Iris bersama pelakon,Hanez Suraya and Fauziah Ghous

14 March 2013,Pandora Spring Summer Collection 2013 telah dilancarkan di The Venue,Pavilion pada jam 8 malam.Saya bersama rakan-rakan Pandorian lain menghadirkan diri bertemu semua peminat-peminat setia Pandora.It was a beautiful evening with the theme Enchanted Cherry Blossom.Dresscode bertemakan Putih dan Head Wreath.Tentunya Iris suka bergaya dengan imej greek goddesses!

Petang itu juga Iris dapat bertemu dengan pelakon yang sedang meningkat naik,Hanez Suraya dan juga Fauziah Ghous.


Iris memilih dress toga putih berkonsepkan Greek bersama Head Wreath.


Bersama Hanez Suraya dan jurumekap terkenal,Chomel.


Hanez Suraya is a very great actress.She's in my list of my favourite actress together with Fazura!Hehe.
Hanez,you are such an easy girl to work with.So supporting and outgoing!Me love her. :)


Me and Fauziah Ghous.


Me and a friend,Isliyana


Enchanted Fairytale theme by Pandora


From left,a friend,Nani. Datin Zarida,Managing Director of Pandora Malaysia with her husband, Datuk Meer Habib, managing Director of Habib Jewels Franchise.Two persons that I really respect and looked up to. :)




My previous manager in Pandora,Susan.

                           
Good friend,the sweet Lawrenna.


The models showcasing new collection by Pandora.

The scene of the event.

  Bagaikan terjun di dalam sebuah kisah dongeng,Pandora menghidupkan konsep Fairytale dengan koleksi barang kemas dan charm bracelet nya yang serba halus dan terpeinci.Jenama berasal dari Denmark ini sudahpun kukuh di pasaran sejak 20 tahun lalu menjadikkannya antara Jenama Barang Kemas terlaris di dunia.Seiring dengan konsep 'Create Your Story From Your Bracelet',pandora mengajak anda mengumpul keindahan kisah dongeng dan impian anda di dalam koleksi Musim Panas 2013.Sila layari Pandora.Net untuk melihat lebih banyak produk.



Friday, March 15, 2013

Habib Jewels Grand Dinner in Zharin Hariz Creation.

Buat pertama kalinya saya rasa saya begitu berdisiplin dalam memilih baju apa yang nak dipakai untuk Habib Jewel's Grand Dinner yang berlangsung di Intercontinental Hotel,Ampang Park pada 28hb Februari yang lepas. Acara tahunan yang diadakan Habib Jewels itu dilangsungkan bersama jemputan lebih kurang 800 orang tetamu.Seminggu sebelum makan malam itu,saya sudahpun pergi ke Shah Alam untuk mengambil dress pilihan hati..uh la la...mahu tahu siapa pereka dress itu?Hurm...saya menyarungkan dress gold satin bersama lace yang saya beri gelaran 'The Kepokness' by Zharin Hariz!

Untuk pengetahuan anda,Zharin Hariz ni memang suka sangat kalau buat dress berkepuk mega boleh sembunyikan trunk LV 2 biji kat dalam skirt! Ini lah dia perekanya:
Zharin Hariz
(maaf Zharin,i try to cari gambar yang lebih editorial tapi ini je yang paling cantik dalam facebook i pinjam k!)
jangan terpedaya dengan rupa budak 16 tahun ini!hahaha...no lah,Zharin is a very talented young designer yang saya kira ada quite crazy passion bile dia mula menjahit. 




 where else can i be without my best doll, Hazel!















So malam itu berlangsung dengan sempurna dan dress tersebut adalah The Most Princessy Dress I Ever Worn! Its perfect and amazing for its silhouette.Walaupun skirtnya sebemban dan agak azab mengangkutnya ke hulur hilir di dalam dewan tapi secara keseluruhannya erm..beauty is a suffering!Hahaha...I love it so much.Saya sentiasa suka pakai baju Zharin no matter how it is.Biarpun kali ni lari sikit dari kebiasaan structured looks nya,tapi saya tetap suka bentuk dress itu yang menyerlahkan curve badan pemakai.The wearer is lucky if they got curve instead of kurus macam papan like ME! 


Thank you so much Zharin Hariz again for the very lovely dress.I'm all satisfied.Thank you for having me to put on your dress after 2-3 years i didnt put on your toille! *tears running* Keep the drama away,hopefully kalau ada event lagi boleh catwalk pakai baju my beloved Zharin! To see more of his design,sila ke facebook beliau dengan nama Zharin Hariz Mat Mazelan. :) LOVE!

Tuesday, March 12, 2013

Bila Melayu hina Melayu.

Klasifikasi kritik dan kutuk itu adalah dua perkataan berdifinisi berbeza.Kalau dibuka kamus dewan juga istilah kritik itu membawa maksud menganalis atau perbahasan tentang sesuatu perkara yang menilai aspek baik atau buruk,jauh berbeza sekali dengan apa itu mengutuk.Baiklah,hari ini saya bukan guru Bahasa Melayu anda untuk menyelidik tentang penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Saya sendiri kurang faham tetapi sejak bila pula ada sesetengah orang Melayu yang suka kutuk bangsa sendiri dan dengan bangga mengklasifikasikan ia sebagai kritikan. Bila pemikiran cetek mahu mengulas sesuatu dan melabelnya sebagai intelektual,ia adalah sama seperti perlakuan memalukan diri sendiri atau buka pekung di dada.

Beberapa hari lepas,ketika menikmati hari cuti saya dihubungi rakan-rakan di tempat kerja tentang seorang pelanggan wanita Melayu berusia dalam lingkungan umur 30-an,hampir kertu (Sally,bukan nama sebenar)Kenapa entah nama itu terlintas tiba-tiba. Jadi,Sally yang sedang sarat mengandung ini datang bersama suaminya,mengamuk gara-gara barang yang dimintanya belum sampai atas beberapa kesulitan saya sendiri tidak faham kerana di luar bidang saya.Tidak lupa juga,fakta yang Sally ini bersuamikan lelaki Eropah (mat salleh kalau bahasa pasar) dan kemungkinan besar Sally ini secara biologikalnya Melayu tetapi secara teknikal nya bukan dari Malaysia.

Sudahlah memaki hamun,itu saya faham kerana sebagai pelanggan,dia berhak rasa marah kerana tidak mendapat servis yang sempurna,(mata di atas,tangan di bahu).


Bagaimanapun,suatu skrip dia yang masih membelenggu rasa tidak puas hati saya 
"I DONT WANT TO DEAL WITH ANY MALAYSIAN MALAYS,THEY ARE JUST SO STUPID."

Jadi secara psikologinya,saya tafsir Sally si 'mat salleh plated' ini sudah tanam sifat membenci genetik bangsanya sendiri. Bercakap secara profesional,saya tidak mahu mengulas panjang sangat kejadian di tempat kerja dan saya sendiri pun tiada masa perkara itu berlaku.

Cuma yang masih tersangkut di benak fikiran saya sekarang ini,apa yang cuba dibuktikan perempuan yang tidak mampu menerima keadaan dirinya ini dengan meng-kondem bangsa dan keturunan sendiri?Difahamkan,kalau buat laporan polis dia boleh didakwa kerana mngeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan yang paling keji sekali dia sendiri Melayu yang menghina Melayu.

Seharusnya Sally faham walaupun dia bukan warganegara Malaysia,mengeluarkan kenyataan berbaur membenci atau menghina sesuatu kaum di Malaysia adalah salah.Untuk pengetahuan anda, John Galliano,bekas pengarah kreatif Christian Dior ditahan dan didakwa oleh pihak berkuasa kerana menghina wanita Yahudi di Perancis ketika mabuk.Itu mabuk,kalau dalam keadaan sedar dan sarat mengandung seperti Sally ini,bagaimana pula cerita?

Tiada bangsa yang bodoh,tiada budaya yang hina.Keturunan apa pun,bagi saya manusia tetap manusia.Tidak dilabel kerana tindakan lampau atau darah keturunannya.Tinggal di rantau orang jauh dari tanah air dan berkahwin dengan orang bukan Melayu tidak memadamkan DNA Melayu yang ada dalam diri.Sejujurnya,saya sendiri bukanlah seorang yang seratus peratus menjunjung adat budaya Melayu sehingga layak nak berhujah tentang mempertahankan bangsa.Tapi secara logik akal lah,siapa kita untuk menghina orang lain apatahlagi sesuatu bangsa?Apa kejayaan yang Sally ada untuk menunjukkan kekuatannya mengkritik apatahlagi menghina bangsa?

Lihat secara negatifnya,memang menyakitkan hati,tetapi serba sedikit buat saya sendiri tersedar.Lihat dalam akhbar setiap hari keluar pasal keadaan yang penuh getir tentang pencerobohan di Lahad Datu.Kalau orang Malaysia sesama Melayu saling rancak berhujah memberi kutukan pada bangsa sendiri,sudah tentu mudah bagi pengganas dari seberang laut nak menceroboh.Bersyukurlah mereka itu penceroboh yang asalnya dari Asia Tenggara juga.Kalau dibuatnya lebih jauh dari itu,mahukah kita kembali seperti zaman Melaka dahulu?

Mengkritik bangsa atas dasar politik,tanya pada diri sendiri,kritik diri sendiri dahulu.Jauh mana pencapaian yang kita ada mahu mengutuk keturunan sendiri?







Monday, March 11, 2013

Summer Spring 2013 Report: Best Shoes and Bags.

Banyak sebenarnya yang cantik untuk dilihat dan dibelek untuk koleksi musim panas 2013.Bagaikan suatu liberalisasi gaya buat semua penggemar fesyen kerana musim panas adalah musim eksperimentasi.Tidak perlu gusar tentang batasan warna dan bentuk dalam memilih gaya aksesori,walau bagaimanapun,keseimbangan dan kesderhanaan itu perlu sentiasa ada.Pilihan saya? Beg tangan indah dari Philip Lim dan susnan koleksi sandal dari Ancient Greek Sandals.

Bersedia untuk dipanah cinta bila mata anda terpaku melihat koleksi terbaru Philip Lim!Sentiasa segar dan 'polished'.Mungkin itulah signature akssesori beg Phillip Lim.Untuk 2013,mewah,praktikal, dan warna-warna segar dihimpunkan menjadi satu dalam koleksi begnya. Material kulit,tekstur quilt dan bentuk yang serba mudah buat saya jatuh hati dengan Philip Lim. Boleh juga saya katakan,Philip Lim bagaikan Marc Jacobs, Mullberry dan Dior digulung menjadi satu stail. :)



Paling saya gemari adalah kerana kemewahan material kulit dilembutkan dengan biru pastel ini.So eye catching yet subtle!

Elegant dan Classy.Boleh dipakai dalam apa jua keadaan!







Kita yang tinggal di Malaysia ini juga terpaksa menempuh tempias bosan menghadap ratusan himpunan but dan covered sandals gara-gara koleksi musim luruh kan?Penat juga di negara panas sebegini kita dihidangkan dengan but-but yang dah tentu tidak praktikal dipakai (agak pelik bila lihat But 'faux-fur' dijual di H&M dan Zara,gila agaknya siapa yang beli dan dipakai di Kuala Lumpur!).

Complain no more Dolls! Ancient Greek Sandals merupakan sebuah jenama yang menghasilkan koleksi sandal unik yang benar-benar mempamerkan inspirasi greek purba!Sangat unik dan istimewa.
Ancient Greek Sandals collection 2013.











Friday, March 8, 2013

interpretasi 'ready to wear' Khoon Hooi.

Bukan perkara mudah untuk menatap koleksi pereka fesyen Malaysia yang berkonsepkan 'ready to wear'.Mungkin bukan sesuatu yang 'in' dalam trend market tempatan atau belum cukup keberanian untuk memecah tradisi membawa risiko.Tiap kali bosan juga tengok perkembangan pereka-pereka fesyen muda Malaysia yang melekapkan rekaan masing-masing atas tubuh selebriti. Belek sahaja mana-mana majalah,dihidangkan selebriti yang memakai pakaian pereka muda yang rata-rata rekaan mereka nampak agak 'cliche'.Tetapi tidak semua,di atas red carpet,sudah tentu pereka seperti Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat antaranya,ibarat pencetus trend setiap kali malam majlis anugerah hiburan tempatan.Kerana di situ lah tempat paling ideal dan efektif bagi meraka mempamerkan interpretasi idea dan daya kreativiti mereka.Lupakan sebentar pakaian yang berhias manik dan labuci di malam AIM,ABP bagai.Mari lihat rekaan Khoon Hooi,yang cukup kreatif dalam mengolah warna dan bentuk untuk koleksi ready to wear nya.Ladies and Gentlemen,Khoon Hooi Spring Summer Collection 2013.







Ready To Wear (bagi pembaca yang belum tahu) maksudnya koleksi pakaian yang dihasilkan perka fesyen untuk dibeli dan sedia dipakai,bukan untuk tempahan.Market untuk kategori koleksi sebegini memang agak asing di market Malaysia kerana penghasilannya yang agak berisiko dan memerlukan pereka bijak memahami kehendak pelanggan memandangkan perkembangan fesyen Malaysia yang lebih banyak cenderung dengan pengaruh luar negara.Pendek kata,perkembangan fesyen Malaysia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur gaya luar dan memiliki identiti yang agak kabur.Bukan memberi pendapat negatif,cuma perkembangan fesyen kita agak bergerak perlahan tapi kini lebih baik.Nak menyalahkan para pereka fesyen tidak boleh jua,kerana fashion is business,mereka pakaian mengikut kehendak pelanggan dan pasaran.Bukan juga salah pencinta fesyen tempatan,cuma masing-masing atau semua pihak perlu sedar untuk lebih berdaya kreatif dan berani seperti Khoon Hooi. 

Gembira rasanya kerana Khoon Hooi yang berasal dari Perak ini sudah banyak menghasilkan koleksi ready to wear mengikut musim dan semestinya muncul dengan pelbagai transformasi stail dari segi fabrik dan bentuk rekaan.Apa yang saya dapat lihat,benarlah seperti yang dikatakan,dia bijak menemukan gaya mewah dan classy tapi tetap kelihatan berani atau 'edgy'. Semuanya nampak feminin dengan mainan warna asas yang nampak mewah,tapi kepelbagaian dalam pengolahan bentuk peplum pada dress buat rekaan Khoon Hooi lebih segar.


Tiga koleksi di atas ini adalah pilihan kegemaran saya.Its so chic in so many levels!

Label Khoon Hooi bermula dari tahun 1999 dan kini telah bercabang juga kepada koleksi aksesorinya dan boleh didapati di Starhill Gallery. Khoon Hooi juga sudahpun memasarkan rekaannya ke luar negara,cukup membanggakan bila lihat pereka muda sebegini mulai pergi jauh membawa lembaran stail tersendiri.Semoga kita dapat lihat lebih banyak hasil kreativiti Khhon Hooi,di masa akan datang,London Fashion Week mungkin?