Sempena bosan ketika cuti haritu,Iris sempat keluar berjumpa dengan my very2 beloved adik,Erry Zulkafli.I mean like dah hampir 8 bulan kami tak dapat berjumpa hang out sama-sama sebab masing-masing sibuk dengan kerja.So kebetulan hari tu kami masing-masing free,jadi Iris keluar minum-minum petang sambil cuci mata di Bukit Bintang.Dah lama sebenarnya tak pergi jejak kaki ke sana,ni semua gara-gara nak sangat tengok H&M yang sibuk diperkatakan.
Perkara pertama yang Iris fikir sebelum jumpa kemeja ni adalah nak cari kemeja chiffon yang warna merah tapi apa yang paling buat Iris tertarik dan akhirnya beli kemeja ini adalah lace nya!Sesuatu tentang lace hitam diletakkan atas chiffon merah yang buat dia nampak seksi dan klasik.gitteww...
Atas nampak baik dan decent,so bahagian bawah pula,saja Iris pakai kasut boot baji hitam ni.Konon-kononnya nak nampak edgy sikit.Walaupun sebenarnya tak suka sangat pakai boot ni sebab agak berat.Susah nak catwalk laju-laju!hahaha.rasa macam dah pergi panjat gunung pulak.hehe.
Ini lah dia Erry Zulkafli,my very good friend and adik.I love you always darling,especially clutch dia!cantik hokay!Tambah haritu outfit dia semua warna pastel.Great choice!
Cam whoring tak kenal tempat ye u ols.Walaupun dalam tandas,mujur makcik cleaner tu tak join sekali.Iris banyak aksesori rantai glitter-glitter,rantai ni dah lama ada cuma tak pernah pakai.Nak bagi nampak lebih gaya sopan and sophisticated letaklah saya rantai yang ada pendant tiga dengan diamante.(how I wish it was all real diamonds!)Mungkin after this Iris nak berjinak-jinak dengan aksesori yang lebih berani dan chunky.Good idea!
H&M
Yeay!H&M sudah ada di KL.Sumpah semuanya lawa-lawa and harga?tak payah cakap.Habislah Cotton On,Zara and Topshop.H&M dah conquer semuanya.Yang pasti,semua jenis range pakaian ada.Iris tertarik dengan koleksi blazer,aksesori,leopard print shirts dengan skinny jeans dia.Its all below RM200.Goodbye Zara!Tapi sayangnye,entahlah mungkin orang ramai terlalu teruja dengan wujudnya H&M ni,tak lekang orang berkumpul dalam kedai 3 tingkat tu.Stress rasanye nak mengamati apa yang Iris betul-betul suka.Yang pak-pak arab pun sibuk nak shopping,negara dia takde H&M ke?Sampai Iris nak tengok wedges pun tak sempat cuz dey ols membanjiri semua ruang.Mungkin later on,Iris akan pergi lagi.Saya takkan shopping bila orang terlalu ramai.Rimas!Apa-apa pun pembaca yang saya sayangi,pergilah tengok sendiri apa yang ada di H&M.Semua gaya dan baju ada kat sana dan yang penting sangat murah.Malam ni saya akan mimpi skirt H&M yang saya nampak tadi.