Wednesday, April 3, 2013

Di Sebalik Red Carpet; Leslie Fremar dan Elizabeth Stewart

Tahu sahaja Oscar atau Academy Award berlangsung,cepat saya google untuk melihat apa yang dipakai selebriti Hollywood (memandangkan kerja membataskan masa saya untuk duduk depan TV menonton bahagian red carpet di E Channel.)Beberapa pelakon wanita sempat mencuri perhatian saya dengan gaun labuh mereka yang bersifat lebih classy dan elegan untuk majlis-majlis sehebat ini.

Nicole Kidman dipuji kerana memiliki tubuh yang hebat menggayakan apa sahaja gaun red carpet, Elie Saab dikagumi kerana gaun-gaunnya yang kreatif disaratkan dengan perincian manik glamor.Tapi tidak banyak dari kita tahu siapa yang sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk mengurus segala hal gaun-gaun bernilai tersebut sehingga ianya cantik tersarung di atas red carpet.Stailist,tanpa mereka apa lah gaun Dior tersebut tanpa susun atur visual imej yang kreatif menjadikan pakaian couture tampak bergaya tanpa cacat.Dari penggambaraan kulit majalah,pertunjukan fesyen sehingga majlis-majlis prestij hiburan,stailist adalah insan bertanggungjawab di dalam menginterpretasi konsep kreativiti client mereka yang terdiri daripada pereka fesyen,selebriti dan editor majalah.

Leslie Fremar,kerjayanya bermula sebagai pembantu untuk editor Vogue Amerika,Anna Wintour. Dia kemudiannya bertugas sebagai pegawai PR untuk jenama Prada dan kini sepenuhnya bertugas sebagai stailist untuk para selebriti untuk sebarang majlis. Adalah suatu keistimewaan baginya yang pernah bekerja di bawah naungan Anna Wintour kerana tempias pengaruh editor hebat itu pasti banyak membantu menaikkan nama Leslie.Dia pernah menggayakan ramai A-List selebriti seperti Salma Hayek,Julianne Moore dan Scarlet Johansson. Terbaru,Leslie menggayakan Charlize Theron untuk majlis Oscar 2013 dalam rekaan Armanai Prive.






                              
Elizabeth Stewart,salah seorang stailist yang paling berpengaruh di Hollywood.Cekap dalam tugasnya mengolah gaya dan mendapatkan pakaian dan rekaan terbaik untuk klien,Elizabeth pernah menggayakan selebriti seperti Jessica Chastain, Freida Pinto dan Jennifer Lawrence.Beliau yang asalanya merupakan penulis untuk New York Times Magazine dan Women's Wear Daily mulai menyukai tugas sebagai stailist untuk kulit majalah dan akhirnya menggunakan khidmat ke atas ramai selebriti untuk acara red carpet.Terbaru, Amanda Seyfried memakai rekaan Alexander McQueen yang diolah gayanya oleh Elizabeth Stewart untuk Oscar Award.




                     








No comments:

Post a Comment