Thursday, February 14, 2013

Hari Menentang Penggunaan Askar Kanak-Kanak.

Sehingga kini,tahukah anda ada lebih kurang 250 000 orang kanak-kanak dijadikan askar untuk peperangan?Satu fakta yang saya sendiri tak pernah sangka dalam dunia moden sekarang.Cuba bayangkan,dalam peperangan yang berlaku di Gaza,Israel dan negara-negara Afrika yang sering kita tonton dalam surat khabar dan majalah,tanpa kita fikirkan,kanak-kanak bukan sekadar jadi mangsa,tapi mereka juga dijadikan askar ataupun senjata peperangan.Bayangkan bagaimana kanak-kanak ini dihantar untuk dijadikan askar mempertahankan negara diorang?

Pada 12 Februari lepas,secara rasmi nya merupakan Hari Menentang Penggunaan Askar Kanak-Kanak (Day Against Child Soldiers).Bermula pada tahun 2002 pada tarikh 12 Februari telah diisyhtiharkan hari tersebut dalam menentang jenayah penglibatan kanak-kanak dalam peperangan.Negara-negara yang dipenghuni pengganas atau dipanggil negara-negara bergolak ini yang banyak menggunakan kanak-kanak sebagai askar.Contohnya di Afghanistan,Iraq,Nepal dan Pakistan (just to name a few) dan yang turut memeranjatkan saya di negara Asia Tenggara juga ada iaitu,Phillipina.


Bagaimana kanak-kanak ini semua boleh terlibat?Kebanyakkannya dipaksa,dan mereka berusia antara 15-18 tahun,ada juga di sesetengah negara,kanak-kanak berusia 9 tahun turut direkruit menjadi tentera.Terdapat juga yang tidak mahu terlibat,tetapi kerana merekat inggal di zon perang,peluang untuk hidup secara selamat amatlah tipis melainkan mereka menyertai mana-mana badan pengganas secara sukarela,memiliki senjata perang supaya mampu mempertahankan diri mereka.

BAHAGIAN YANG PALING SEDIH,bila mana askar-askar muda ini berjaya melepaskan diri daripada berjuang untuk pengganas,sekembalinya mereka ke kampung atau tempat asal mereka,mereka sudah pun kehilangan keluarga samada keluarga mereka kesemuanya dibunuh ataupun diculik.Lebih perit,kebanyakkan kanak-kanak ini sudah tidak mampu menjadi askar kerana di usia yang sangat muda mereka sudah menjadi kurang upaya akibat cedera di medan perang.Jadi ramai di antara mereka,kekal cacat,tidak berkeluarga dan tidak mampu menyara hidup sendiri.Hasil daripada itu,mereka tiada pilihan lain selain melakukan jenayah seperti membunuh,meragut dan merompak untuk terus hidup.

Satu pertiga daripada askar kanak-kanak ini ada juga yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan.Bayangkan,bagaimana kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 12-13 tahun itu dipaksa pergi berperang memiliki senjata api membahayakan nyawa sendiri?Kalau tidak terkorban di medan perang,di kem askar,kanak-kanak ini akan dijadikan hamba seks selama bertahun-tahun ataupun dijadikan 'isteri' untuk Jeneral mereka.Sehingga mencecah usia remaja,ramai di kalangan mereka akan mengandung anak luar nikah hasil daripada menjadi hamba seks ramai askar lelaki lain.Belum sempat mencecah usia 15 tahun,kanak-kanak perempuan ini sudahpun dijangkiti AIDS dan pelbagai penyakit kelamin.Jika mereka berjaya meloloskan diri daripada hidup sengsara sebagai askar,sekembalinya ke tempat asal mereka,kanak-kanak perempuan ini akan terus terlibat dalam pelacuran kerana sukar mendapat pekerjaan.





Peritkan membayangkan bagaimana merreka hidup di negara sendiri umpama neraka?Buat saya tertanya-tanya,apa yang difikirkan pada mereka yang merogol anak sendiri,membunuh anak sendiri.Sengaja saya post benda sebegini supaya kita dapat fikir lebih meluas,mana letaknya situasi kita sepanjang membesar sebagai kanak-kanak di Malaysia. :)


1 comment: